Malaysia Dateline

Sekumpulan budak curi duit masa beraya, netizen syak warga Rohingya

Tular di media sosial berkenaan perkongsian seorang pengguna Facebook yang mendakwa sekumpulan budak telah mencuri wang ketika datang beraya di rumahnya.

Menurut Facebook Norfatin Mat Tahia, sembilan kanak-kanak berkenaan memakai baju berwarna merah sedondon dan berkulit gelap.

Ketika itu dia tidak merasakan perkara pelik kerana beranggapan budak-budak hanya mahu beraya.

Namun katanya, ketika dia dan ahli keluarga sedang menyediakan minuman, kanak-kanak berkenaan menyelongkar bag tangan mereka dan mencuri sampul-sampul berisi duit raya.”Semalam rumah saya ada sekumpulan budak-budak (9 orang) semua pakai baju merah sedondon, berkulit gelap datang nak beraya.

“Sebab nampak budak-budak jadi kami bagi jelah dia orang masuk kebetulan ada kakak saya sekali datang masa tu.”Dalam pada kami sibuk dok hidang air budak-budak tu sempat menyelongkar bag tangan orang.

“Mula-mula kami tak perasan. Dah budak-budak tu balik, tengok sampul-sampul duit raya hilang. Kami jumpa sampul tu dalam bilik air, tapi dah kosong baru teringat budak-budak tu guna bilik air tadi,” katanya.

Menurut wanita berkenaan, kanak-kanak berkenaan memberitahu bahawa mereka datang beraya di sekitar kawasan perumahan itu dengan menaiki kereta ibu saudara dan ibu saudara mereka hanya tunggu di dalam ker

“Bila fikir balik buat apa sanggup datang susah-susah dari jauh tak ada sedara mara pun kt sini, tapi datang hantar budak-budak tu beraya..

“Kami semua jadi tertanya-tanya sakarang ni dan dalam keadaan risau juga. Sebab budak-budak tu tanya macam-macam detail. Kita malam ni tido kene jaga-jaga lah jawabnya,” tulisnya lagi.

Macam budak Rohingya je ni

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, netizen turut sama menceritakan hal sama di mana ada juga sekumpulan kanak-kanak mahu datang beraya.

Mereka mengesyaki kanak-kanak berkenaan merupakan warga Rohingya.