Malaysia Dateline

Sekurang-kurangnya 20 maut kebakaran stesen kereta api di Kaherah

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran di stesen kereta api utama di pusat bandar ibu kota Mesir, Kaherah pada Rabu, demikian menurut agensi berita Xinhua.

Kebakaran berlaku selepas sebuah kereta api merempuh tembok landasan stesen.

Gambar yang disiarkan stesen televisyen negara Nile TV, menunjukkan kepulan asap hitam menyelubungi ruang udara stesen kereta api terbabit.

Puluhan ambulans danĀ  anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kebanyakan mangsa yang cedera dilaporkan kritikal atau melecur tahap ketiga.

Perkhidmatan kereta api pergi balik dari Kaherah juga telah digantung.

— BERNAMA