Malaysia Dateline

Sekutu nasihat Mahiaddin letak jawatan, lapor media Singapura

Media Singapura melaporkan, beberapa rakan sekutu Tan Sri Mahiaddin Md Yassin memberi nasihat agar presiden Bersatu itu melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, Straits Times melaporkan keadaan dihadapi Muhyiddin sekarang sangat sukar untuk dipertahankan.

“Perdana menteri diberitahu, situasi sekarang sudah terlalu kusut dan sukar untuk dibela,” kata sumber berkenaan.

Menurut media Singapura itu, perkara tersebut disampaikan kepada Muhyiddin dalam perbincangan tertutup di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, awal petang ini.

Sinar Harian pula melaporkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan menawarkan untuk meletakkan jawatan.

Sinar juga melaporkan, Speaker Parlimen Datuk Azhar Harun juga mahu  meletakkan jawatan, lapor Sinar.

Namun sehingga kini, semuanya tidak pasti.