Sekutu Pas tegaskan usul persendirian bukan hudud, kritik MCA, MIC, Gerakan

Sekutu Pas tegaskan usul persendirian bukan hudud, kritik MCA, MIC, Gerakan

Usul persendirian yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat baru-baru ini tidak kena mengena dengan hudud dan tidak bertentangan dengan perlembagaan negara, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

“Presiden Pas sendiri telah berkali-kali membuat kenyataan bahawa akta persendirian tersebut tidak kena mengena dengan hudud tetapi entah apa sebabnya kebanyakan akhbar masih tidak mahu melaporkan kenyataan penting dari beliau tersebut.

“Perdana Menteri sendiri dan orang-orang kenamaan lain juga telah membuat penjelasan serupa,” ujar Abdul Kadir dalam satu kenyataan media semalam.

Sehubungan itu beliau menggesa pemimpin parti politik khususnya MCA, MIC dan Gerakan berhenti memainkan ‘politik persaingan’ dengan DAP untuk meraih sokongan rakyat dalam isu ini.

Tindakan MCA dan MIC itu, tambah beliau akan membahayakan negara, rakyat dan parti mereka.

Beliau turut menyeru MCA dan MIC supaya “kembali menjadi MCA dan MIC seperti dahulu” yang memainkan peranan penting dalam memerdekakan negara dan menggubal perlembagaan negara.

“Kita tidak faham kenapa MCA/MIC dan Gerakan membuat kenyataan tentangan yang begitu kuat terhadap Akta Pesendirian dari Presiden Pas itu.

“Adalah sangat jelas bagi kita semua yang ingin adil bahawa cadangan tersebut adalah semata-mata untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan ia tidak kena mengena dengan hudud seperti difahami.   

“Ianya juga tidak bertentangan dengan perlembagaan negara,” tegas beliau. 

TAGS