Selalu beli sos tiram dekat kedai RM2.40 je, tak sangka ada banyak jenis, chef ini kongsikan tip untuk pilih sos sebenar

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai tidak sedar akan kepelbagaian jenis sos tiram yang terdapat di pasaran malah ramai memilih beli berdasarkan harga semata.

Rupanya bukan hanya harga tapi kandungan peratusan ekstram tiram boleh dikatakan berbeza, rupanya sos yang dibeli selama ini hanya perasa tiruan.

Menerusi perkongsian Chef Amer di Facebook miliknya, sos tiram sebenarnya mempunyai lima jenis sos berbeza malah ada satu khas buat mereka yang hanya makan sayuran (vegetarian).

Malah, ada sos tiram yang tinggi kandungan ekstrak tiram, dan ada juga yang tiada langsung ekstrak tiram di dalamnya.

Jadi anda perlu tahu apa jenis-jenis sos tiram yang terbaik untuk masakan anda supaya selepas ini tidaklah anda beli sos tiram tetapi tiada ekstrak tiram.

Ikuti perkongsian di bawah.

Masa saya beli sos tiram kat NSK tadi, tiba-tiba ada seorang auntie India ni tanya saya yang mana satu sos tiram untuk vegetarian.

Saya pun tunjukkanlah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza sos tiram yang lain-lain tu.

Ehhh, macam kat kelas pula dia tanya. Sedang saya terangkan kat dia, datang pula mak cik ni tanya, sos tiram brand apa yang paling best.

Aikkk… sah! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.

Ok, sos tiram ni ada lima jenis

1) Sos Tiram

Kandungan ekstrak tiram lebih daripada 10 peratus dan boleh dipanggil sos tiram. Rasa tiram yang sebenar ialah jenama Panda Lee Kum Kee

2) Sos Perisa Tiram

Kandungan ekstrak tiram kurang 5 peratus, sebab tu tak boleh dipanggil sos tiram, hanya berperisa tiram sahaja. Rasa tiram yang ‘mild’ Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me

3) Sos Tiram Premium

Kandungan ekstrak tiram 40%. Rasa tiram yang sangat padu. Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)

4) Sos Tiram Tiruan Sayuran

Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (hanya satu peratus) serta perasa sahaja.

Sebab tu sesuai untuk Vegetarian, Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me

5) Sos Berperisa Tiram Ekonomi

Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.

Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 kilogram (kg) atau 5kg. Jenama Puteri, Emos, HTH.

Nampak macam sama sahaja tapi sebenarnya ada perbezaan besar, lepasini bolehlah cuba beli dengan kandungan estrak tiram yang lebih banyak, boleh tahu beza atau tidak.

Baca juga: Nak simpan duit untuk masa depan anak? Ini adalah 5 jenis simpanan khas buat ibu bapa