Tindakan seorang lelaki yang sering membatalkan pesanan apabila terlambat penghantaran barang dan kemudian memesan di kedai sama undang kecaman netizen.
Apatah lagi pengguna Facebook itu menggunakan kaedah barang sampai baru bayar (COD), ini menyebabkan kesusahan kepada penghantar barang dan penjual.
“Kalau barang saya tak sampai hari ini, esok saya akan batal penghantaran sebab saya guna kaedah barang sampai baru bayar.
“Kemudian saya buat pesanan baru di kedai yang sama dan guna kaedah COD jadi kalau barang masih tak sampai saya akan ulang langkah sama,” ujarnya.
Tindakan lelaki ini mengundang kecaman netizen di Facebook ‘Shopee Express Buat Hal Apa Hari Nih?’ yang melihat dia sebagai seseorang yang menyusahkan orang lain.
“Salah Shoppe Ekspress sebab penghantaran lambat tapi yang jadi mangsa adalah penjual. Kos yang ditanggung untuk kotak dan ‘bubble wrap’,” komen Samuri Shahrim.
“Kau ni bukan menyusahkan seorang sahaja tapi banyak pihak. Tolong simpan sikit kebodohan untuk masa akan datang,” kata John Kelabu.
“Teruskanlah buat macam itu, penghantar barang dan penjual akan senarai hitam alamat yang kuat sidai (tak ambil barang) dan automatik menolak pesanan,” tambah Jiu’s Rilakkuma.
Baca juga: Wanita tak mahu ‘join loan’ dengan bapa, terus kena cop anak tak guna