Selalu kena migrain? Ini 10 perkara yang anda perlu elak, no 9 paling susah nak tinggal

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ada masa kepala menjadi terlalu sakit selepas makan sesuatu namun tidak semua akan mengalami situasi ini.

Rupa-rupanya ada sesetengah makanan dan minum yang boleh mencetuskan migrain dan anda perlu elakkannya.

Ini adalah 10 senarai makanan dan minuman yang boleh menyebabkan migrain menurut artikel Relevan.

1. Kafein

Kafein Di Dalam Kopi Membantu Tubuh Tetap Bangun? Begini Faktanya - Hallo  Lifestyle

Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala. Tahukah anda, menurut Yayasan Migrain Amerika, kafein ini juga boleh bantu hentikan serangan migrain akan datang.

Rupanya a juga boleh menawarkan kelegaan sakit kepala dengan pengambilan kafein sekali-sekala. Ini termasuklah termasuklah kopi, teh dan coklat.

2. Pemanis tiruan

Banyak makanan yang diproses mengandungi pemanis tiruan. Ini adalah alternatif gula yang ditambah dalam makanan dan minuman untuk menambah rasa manis.

Tetapi pemanis ini boleh menyebabkan migrain. Aspartame khususnya dianggap mencetuskan episod migrain.

3. Alkohol

Alkohol adalah salah satu produk yang kebiasaannya mencetuskan migrain.

Menurut satu kajian, lebih 35 peratus peserta dengan migrain melaporkan bahawa alkohol adalah salah satu pencetus biasa mereka.

Wain merah khususnya dilaporkan sebagai pencetus migrain kepada lebih 77 peratus peserta yang melaporkan alkohol sebagai pencetus.

Alkohol boleh menyebabkan dehidrasi yang merupakan penyumbang penting dalam mengembangkan sakit kepala.

4. Coklat

Menurut Yayasan Migrain Amerika, coklat dianggap sebagai pencetus kedua paling biasa untuk serangan migrain selepas alkohol.

Mereka mengatakan ia menjejaskan 22 peratus orang yang mengalami migrain.

Coklat mengandungi kafein dan beta-phenylethylamine yang boleh mencetuskan sakit kepala pada sesetengah orang.

5. Makanan yang mengandungi MSG

Monosodium glutamate (MSG) ialah garam natrium asid glutamate yang secara semula jadi wujud dalam badan kita.

MSG terdapat dalam makanan tertentu dan berfungsi sebagai bahan tambahan makanan.

Ia dianggap selamat untuk dimakan, tetapi sesetengah penyelidik mengaitkannya dengan serangan migrain.

6. Daging yang diawetkan

Daging yang diawet seperti sosej dan ham semuanya mengandungi pengawet yang dipanggil nitrat yang mengekalkan warna dan rasa.

Makanan ini boleh membebaskan nitrik oksida ke dalam darah yang didakwa melebarkan saluran darah di dalam otak.

7. Keju lama

Keju lama mengandungi bahan yang dipanggil tyramine. Ia terbentuk apabila penuaan makanan menyebabkan pemecahan protein.

Semakin lama keju, semakin tinggi kandungan tyramine. Ini termasuklah feta, keju biru dan parmesan.

8. Makanan jeruk dan ditapai

Seperti keju lama, makanan jeruk dan ditapai juga mengandungi jumlah tyramine yang tinggi. Makanan ini termasuk jeruk, kimchi, kombucha (yang juga boleh mempunyai kandungan alkohol) dan jeruk jalapenos

9. Makanan sejuk beku

Berita baik buat penggemar aiskrim... Pakar ini dedah kebaikan jamah  pencuci mulut ini ketika sarapan pagi - I-suke | mStar

Makanan dan minuman sejuk beku seperti ais krim atau slushies boleh mencetuskan sakit yang teruk dan menikam di kepala.

Anda berkemungkinan besar mengalami sakit kepala yang menjadi serangan migrain jika makan makanan sejuk dengan cepat, selepas bersenam atau apabila terlalu panas.

10. Makanan masin

Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan Supaya Tak Kena Perli | mamaQaireen

Makanan masin terutamanya makanan masin yang diproses yang mungkin mengandungi bahan pengawet berbahaya boleh mencetuskan migrain pada sesetengah orang.

Pengambilan paras natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah, menyebabkan sakit kepala atau serangan migrain.

Jika anda sering mengalami migrain maka cuba elakkan pengambilan makanan dan minuman yang disenaraikan tapi jika tak berjaya, sila dapatkan rawatan dengan segera

Baca juga: Lelaki pilih kahwini janda anak 2 sebab isteri gemuk, rupanya kena โ€˜scamโ€™ dengan bekas suami isteri baru, bila cari balik biniโ€ฆ