Seorang abah selalu ungkit SPM anaknya ‘cukup makan’ dan membandingkan dengan dua anaknya doktor dan engineer, tetapi anak ketiganya inilah sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga beliau selepas terkena ‘strok’.
Ini merupakan renungan buat ibu bapa yang terlalu mengagungkan kecemerlangan anak padahal anak yang tidak cemerlang itulah yang boleh diharapkan.
Mungkin anak yang berjaya bergaji besar hanya dapat membantu menghulurkan wang tetapi tidak mampu hulurkan tenaga dan masa, kententuan yang disuratkan pasti ada hikmahnya.
Begitulah juga suasana ketika ini, anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang SPM semalam cukup hebat dirai ibu bapa, guru dan sekolah. Namun anak-anak yang tidak cemerlang jangan dilupa untuk menghargai mereka juga kerana ibu bapa tidak tahu masa depan mereka.
Seperti kisah seorang ayah ini, dia sering mengungkit soal pelajaran anaknya sehingga habis beratus-ratus tetapi hanya kerja kilang. Akhirnya ayahnya menitis air mata kerana anaknya sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjaganya.
Renungan buat Ibu Bapa..
Saya ada 3 orang anak. Semua berjaya kecuali seorang. Ada doktor dan enginer, tapi anak yang Bongsu tak menyerlah langsung. Dapat cukup makan ja SPM…
Sangat mengecewakan saya.Tuisyen beratus ringgit sebulan.Tapi hasil tak da. Tak macam abang dan kakak. Dapat straight A.
Dapatlah kerja kilang…Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.
‘Tengok macam adik-beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang.Buat malu keluarga ja.’
Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.
Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit juga.
Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Dak juga.. harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.
Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.
Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.
Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.
Bersangka baiklah dengan Allah..
Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan.
Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.
Baca juga: Penyelidik cadang lupus kenderaan usia 10 tahun atasi kesesakan jalan raya
Baca juga: Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini