Selalu ‘update’ video gembira di media sosial, Adira akui tak mahu jejas emosi anak dengan kesedihan

Oleh MAISARAH AISYA

Sering tampil ceria dengan perwatakan gila-gila di media sosial, ramai tidak menyangka penyanyi Adira Suhaimi sedang dilanda krisis rumah tangga.

Bukanlah perkara baru malah Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Datuk Seri Adnan pada tahun 2019 namun menarik balik demi anak-anak.

Kosmo! Online, Adira sentiasa kelihatan ceria di media sosial kerana tidak mahu memberi kesan negatif kepada emosi anak-anak.

“Apa yang saya tunjukkan dalam media sosial, itulah keadaan diri saya yang sebenar. Saya tidak berpura-pura.

“Penting sebagai ibu kepada empat orang anak, untuk tunjuk yang baik-baik sahaja. Sebagai ibu, saya kena selalu positif untuk anak-anak.

“Kerana mahu tidak mahu, saya tidak boleh meletak jawatan sebagai ibu. Pada masa sama juga, saya tidak mahu ganggu emosi anak-anak yang masih kecil,” ujarnya seperti dipetik Kosmo.

Tidak cepat menyerah kalah, pelbagai cara sudah dilakukan Adira untuk memperbaiki hubungan dengan suami namun percaya penceraian adalah jalan terbaik.

“Buat masa sekarang, itu sahaja jalan yang saya nampak (bercerai). Saya percaya pihak suami mahu kami berbaik semula.

“Namun, jalan (penyelesaian) yang saya nampak adalah dengan berpisah (bercerai),” tambahnya.

Sudah sembilan tahun usia perkahwinan, Adira percaya tak ada perkahwinan yang tidak berdepan ujian dan ia menjadikannya lebih matang.

“Kekuatan yang saya ada bukan diperoleh sejak setahun dua lalu. Sebenarnya dalam dalam dengan macam-macam ujian dan pengalaman.

“Itu yang buatkan saya kuat sekarang. Pengalaman telah memberi saya pengajaran untuk menjadikan saya lebihg matang, tenang dan kuat,” katanya.

Media melaporkan, Adira memfailkan perceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu selepas mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Baca juga: Pelanggan terkejut restoran di pusat peranginan Johor caj RM15.90 untuk secawan milo panas