Selama ini mampu bagi dompet sahaja, Wooi Yik nekad hadiahkan SUV Chery lebih RM100k kepada bapa 

Oleh KIM SYAZIE

Pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik yang memenangi pingat Gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 memberitahu dia akan memberikan kereta SUV Cherry bernilai RM123,800 kepada bapanya.

SUV itu adalah hadiah kemenangan untuknya yang diberikan menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Selain itu dia turut mendapat wang berjumlah RM100,000.

Kata Wooi Yik, ini adalah kali pertama dia memberikan hadiah sebesar itu kepada bapanya kerana ingin membalas jasa mereka selepas membantu dirinya sehingga berjaya sehingga sekarang.

“Ini pertama dalam hidup saya hendak berikan hadiah kereta kepada ayah saya, Soh Goon Chup,” katanya. 

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, sebelum ini dia tidak pernah memberikan hadiah lebih besar kepada keluarganya dan hari ini, ganjaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Chery itu adalah paling istimewa kepada bapa tersayang.

“Saya rasa akan memberikan kereta ini kepada ayah saya sebagai tanda penghargaan saya kepada keluarga yang telah menjaga saya dengan baik selama ini.

“Tanpa mereka, saya tidak akan mampu berjaya sehingga ke pentas Olimpik ini.

“Ini kali pertama dalam hidup saya hendak berikan hadiah kereta kepada ayah saya dan ia paling besar saya pernah beri kepada mereka kerana sebelum ini saya hanya berikan beg dan dompet sahaja.

“Sebelum ini ayah saya ada bertanya tentang kereta ini, tetapi saya belum beritahu dia kerana saya mahu memberi kejutan kepada dia,” katanya.

Baca juga: Sinki berbau? Guna 3 bahan sahaja boleh hilang bau, air pun mengalir elok!