Dibuka sehingga awal pagi, kedai mamak menjadi pilihan utama rakyat Malaysia terutamanya golongan bujang untuk bersahur.
Namun, sebelum menyantap hidangan, pernahkah terlintas di fikiran pengunjung tentang status halal makanan tersebut?.
Hal ini kerana, tidak hanya mamak Muslim, restoran mamak Hindu juga wujud di negara kita yang kaya dengan pelbagai kaum dan agama.
Sedar akan keresahan yang dialami masyarakat Muslim, seorang pemuda tampil berkongsi tip untuk membezakan restoran tersebut.
Menurut hantaran Afyan Mat Rawi di laman Facebook, kedai mamak Hindu akan ditutup sewaktu perayaan Hari Deepavali.
Selain itu, pengunjung juga boleh mengenal pasti jenis hidangan yang dijual di restoran bagi membezakannya.
“Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak (tiada daging lembu).
“Cara yang paling ampuh, berikan salam dengan lafaz. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh cara ini boleh diuji kepada pemilik dan pekerja.” Katanya.
Tambah Afyan, restoran milik mamak Muslim juga bakal menyediakan ruangan solat dan akan ditutup pada waktu solat jumaat.
Afyan turut menasihati pelanggan agar tidak terpedaya dengan bingkaian gambar seperti ayat suci al-Quran, masjid, Mekah atau Kaabah.
Baca juga: Peniaga bazar tarik nafas lega, Anwar putuskan sewa tapak diturun kepada RM850