Selamat tinggal Putrajaya jika tolak satu lawan satu

Semua parti pembangkang harus bersetuju dengan hasrat satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14 jika memikirkan kepentingan rakyat dan negara serta berhasrat untuk ke Putrajaya.

 

Semua parti pembangkang harus bersetuju dengan hasrat satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14 jika memikirkan kepentingan rakyat dan negara serta berhasrat ke Putrajaya.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembangkang harus berbincang dan bertolak ansur dalam menentukan kerusi bagi melaan Umno BN dan mesti mengenepikan kepentingan parti.

“PAS harus mengelak daripada dilihat sebagai orang yang menghalang hasrat satu lawan satu dengan meletakkan calon secara bersendirian.

“Kalau ini tidak berlaku semua parti perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya,” katanya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut membidas kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bahawa PAS negeri itu mahu bertanding di semua kerusi.

“Jika itu yang sudah ditampilkan maknanya mereka boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya atau untuk mentadbir negeri dan sebagainya,” katanya lagi.

Beliau menambah, pembangkang tidak boleh bersikap sombong antara satu sama lain bagi memenangi PRU14.

“Semua parti politik tidak boleh menunjukkan kesombongan mereka tetapi harus ada keterbukaan untuk melihat kepentingan rakyat. Kalau kita melihat kepentingan parti kita bertandinglah semua kerusi” katanya.

Satu lawan satu adalah pendekatan terbaik  yang di syorkan Amanah untuk memungkinan Umno-BN dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.

Pada 29 November lalu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd. Samad mengeluarkan kenyataan, penubuhan Amanah bersama mengasaskan Pakatan Harapan, adalah gabungan parti politik pembangkang yang komited kepada usaha menjatuhkan Umno-BN.

Amanah berkeyakinan semua parti yang ingin melihat berakhirnya era Umno-BN akan bersama dalam Pakatan Harapan atau paling kurang ada perjanjian kerjasama untuk menjamin satu lawan satu.

 

TAGS