Selamatkan Islam-Melayu atau Umno-Pas?

Selamatkan Islam-Melayu atau Umno-Pas?

Kebelakangan ini ada pihak-pihak tertentu dengan penuh kebencian sedang membakar semangat keganasan dalam kalangan penyokong masing masing. Kalau direnung serta dikaji dengan halus dan lojik isu yang dibangkitkan, ia hanyalah reaksi kepada sesuatu yang belum lagi menjadi kepastikan sebaliknya hanyalah cakap cakap yang liar.

Filem Polis EVO 2 dan ratifikasi ICERD adalah dua contoh isu yang sedang dibakar semangat hasutan untuk berdemonstrasi besar-besaran dan untuk boikot oleh pihak yang mempunyai motif politik.

Polis EVO 2 adalah filem yang telah di luluskan oleh Lembaga Penapis Filem Negara untuk ditayangkan. Plotnya berkisar aksi kepolisan Malaysia menentang sekumpulan pengganas telah memegang tebusan penduduk sebuah kampung. Ada beberapa orang watak didalam filem tersebut memakai serban dan jubah. Skrip sebegini bukanlah luar biasa dan banyak kali pernah di buat filem.

Tidak semena-mena seorang Ustaz dari sebuah parti politik Islam menyerang keras filem tersebut dan minta orang Islam mengutuk dan memboikot filem tersebut.

Apabila ditanya oleh wartawan sudahkah Ustaz tersebut menonton filem Polis Evo 2, ia menjawab belum! Bahkan Sebenarnya filem itu belum pun di tayangkan di pawagam !

Fobia dan hasutan keagamaan serta kaum apakah yang ingin dibakar oleh pihak-pihak ini? Lembaga Penapis Filem Malaysia yang begitu cermat tidak mungkin meluluskan filem yang boleh menimbulkan kebencian agama dan etnik. Lagi pun Polis EVO2 adalah susulan filem Polis EVO yang tiada kontroversi apa pun.

Cubaan kedua untuk mencetus kebencian dan keresahan adalah tentang isu cadangan ICERD yang kononnya akan menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu, Orang Islam dan Melayu serta status Bumiputera di Malaysia.

Pihak Kerajaan telah menyatakan akan menghalusi ICERD dengan terperinci dan jika bertentangan dengan Perlembagaan Negara ia tidak akan di terima. Sudah tentu sebagai kerajaan yang mempunyai kredibiliti ia mesti mengambil langkah mengikut peraturan yang teliti dan betul bukan berasaskan emosi semata-mata.

Walaupun jika ICERD di persetujui Kerajaan, ianya tidak dapat di laksanakan tampa pindaan perlembagaan Negara yang memerlukan majoriti dua pertiga di mana PH tidak mempunyai majoriti tersebut. Kenapakah Pasdan Umno tidak maklumkan kepada rakyat ?

Selain itu, pandangan Timbalan Presiden Amanah Dato Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Dato Husam Musa telah menyatakan tiada perlunya ICERD di terima di Malaysia.

Jadi apakah sebab sebenarnya Pas dan rakan akrabnya Umno mengapi-api kan isu ini sehingga telah diadakan demonstrasi di Terengganu dan himpunan di Perak seolah-olah ICERD akan diterima esok lusa dan Raja Raja Melayu, Islam dan hak Melayu akan hapus terus? Kedua UMNO dan PAS telah bersetuju untuk berdemonstrasi bersama pada 8 Disember ini.

Di himpunan Pasir Salak, Presiden Umno Zahid Hamidi telah menyeru kepada  Hadi Awang supaya Pas dan Umno “bercantum” ! Haji Hadi pula dilihat serba salah untuk menyatakan persetujuan kerana takut ahli Pas menolak percantuman tersebut.

Itulah situasi sebenarnya. Zahid Hamidi dan Umno yang sedang lemas perlukan Pas untuk survival. Zahid Hamidi menghadapi 45 tuduhan rasuah dan lain-lain kesalahan . Najib Razak dan beberapa lagi pimpinan Umno menghadapi puluhan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Mereka dan Umno perlu pelampung untuk selamatkan diri.

Tidak ingatkah ahli ahli Pas kata-kata Almarhum Nik Aziz –
“Mengapa kita hendak menyelamatkan Umnoi yang sedang lemas ? ”

Sudah lupakah ahli Pas tentang sandiwara isu RUU 355 ? Tiga kali RUU 355 dibentang dan tiga kali RUU 355 di minta tangguh! Umno berkuasa penuh semasa itu! Sandiwara apakah itu sebenarnya di antara Pas dan Umno?

ICERD bukanlah isu utama yang “real”, atau yang sebenarnya mengancam orang Melayu dan Islam terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

Di antara Isu yang paling kritikal menghadapi orang Melayu dan Islam adalah ancaman dadah. Saya baru menghadhiri Mesyuarat Nasional dadah minggu lepas di mana 3 negeri tertinggi penagih dadah adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang kesemuanya negeri majoriti besar Melayu. Kadar ketagihan dadah adalah lebih dari 95 peratus anak Melayu Islam kita.

Ada kaitan besar masalah mat rempit dan dadah pil kuda yang membawa maut melalui perlumbaan dan juga overdose.

Nelayan Terengganu dan Kelantan terus antara rakyat termiskin dan juga gangguan nelayan haram Vietnam.

Dimana suara ahli Parlimen PAS dan UMNO semasa saya membela nasib kemiskinan nelayan dan masalah pencerobohan Vietnam beberapa tahun lepas ? Ini isu yang “real”, bukan momokan perkauman yang akan membantu bangsa melayu.

Bukan kah masalah penagih dadah dan nelayan majoritinya masalah Melayu – Islam ? Kenapa tidak duduk bersama, “bercantum” dan bersatu untuk menangani isu isu tersebut? Bukankah ini adalah masalah yang lebih lama dan kritikal ?

Jawabannya ialah ianya masalah yang Umno telah abaikan. Pas senyap.

Isu ICERD timbul semasa Pakatan Harapan memerintah. Pas dan Uumno hanya mahu isu dipolitik kan. Bukan kerana Islam dan Melayu tergugat!

Isu dadah dan masalah nelayan adalah isu lebih lama orang Islam dan Melayu terancam yang mereka tidak endahkan, kerana kurang “political millage” dalam isu ini.

ICERD adalah isu emosi untuk diekpolitasikan bagi kepentingsn politik Pas dan Umno untuk menyerang Pakatan Harapan. Memomokkan ketakutan orang melayu kepada pemerintahan Pakatan Harapan.

Apabila Pas berdiri di atas pentas bersama Umno hendak menyelamatkan Islamdan Melayu, rakyat akan bertanya adakah ia rakan seperjuangan yang sesuai ?