Selamatkan ‘keldai dadah’ dari tali gantung, pinta MP PH

Ahli Parlimen PH, Pas dan pegawai parlimen selepas bahas pindaan Akta Dadah semalam.

Ahli parlimen Pakatan Harapan menuntut agar ‘keldai dadah’ atau mereka yang dipergunakan untuk membawa dadah diselamatkan dari tali gantung melalui pindaan undang-undang Akta Dadah Berbahaya (DDA) di Dewan Rakyat semalam.

Namu begitu, cadangan itu tidak diendahkan oleh kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh ketika membahaskan akta itu berkata, bagi memastikan mereka yang mungkin jadi mangsa spt “keldai dadah” ( drug mules ) dapat diselamatkan daripada tali gantung.

“Namun rayuan kami itu ibarat bercakap dengan orang yang tidak mampu mendengar!” kata Mohamed Hanipa Maidin dalam tulisannya bagi mengulas perkara itu.

Antara lain beliau sendiri semasa berbahas berkata “hukuman gantung sampai mati adalah satu hukuman yang amat serius, jadi, amat mustahak mereka yang mungkin jadi mangsa seperti “keldai dadah” (drug mules) sewajarnya dpt manfaat dan faedah daripada pindaan ini.

“Saya amat bersetuju dengan “maxim” yang Menteri baca semasa bentang pindaan itu iaitu “maxim” yang berbunyi “tegakkanlah keadilan walaupun langit akan runtuh” (dalam bahasa latin “fiat justitia, ruat caelum”- let justice be done though heavens fall).

“Tetapi maaf, saya lihat menteri hanya seperti burung kakak tua yang sekadar membaca dan mengulang “maxim” tersebut namun tidak laksanakan ruh maxim itu dalam pindaan ini,” kata Hanipa.

Semalam, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dipinda kerana kerajaan melihat kepada maslahat umum atau kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said.

Beliau berkata Perdana Menteri Najib Razak merasakan sudah tiba masanya inisiatif sedemikian diambil dalam agenda kerajaan memerangi dadah yang dianggap musuh utama negara.

“Dah 34 tahun kita tunggu untuk tukar hukuman mandatori kepada budi bicara… kerajaan buat pindaan ini kerana kerajaan nak lihat sama ada dengan adanya kuasa budi bicara mahkamah, perang dadah itu berkurangan.

“Kita melihat kepada maslahat umum, kita melihat kepada rakyat Malaysia yang jumlahnya 30 juta lebih,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang(RUU) Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat.

Dalam perbentangan itu, pindaan ke atas Akta Dadah Berbahaya (DDA) yang menghapuskan hukuman mati mandatori (hukuman yang tetap dan tidak beri hakim sebarang pilihan).

Dengan pindaan baru ini, hakim kini diberi pilihan atau budibicara (a discretion) untuk mengenakan hukuman lain juga misalnya hukuman penjara seumur hidup dan hukuman sebatan 15 rotan. Sebelum ini tidak boleh.

Pindaan ini juga menyatakan ianya tidak terpakai ke belakang (retrospective).

Ia hanya terpakai kepada kes-kes pengedaran dadah yang baru yang akan dibicarakan dan juga kepada kes-kes di mana telah selesai perbicaraan tetapi hakim belum menjatuhkan orang itu bersalah lagi.

Maknanya, kata Hanipa, bagi kes-kes pengedaran dadah yang sudah pun selesai dan hakim telah pun sabitkan orang itu (OKT) bersalah dan dijatuhi hukuman mati mandatori, mereka tak boleh mendapat faedah/ manfaat daripada pindaan semalam.

“Dari segi perbahasan, saya lihat MP PH, secara nisbinya, lebih aktif dan lebih ramai berbahas,” katanya.

Di peringkat Jawatankuasa, Ahli Parlimen Bukit Gelugor (DAP) telah kemukakan cadangan pindaan balas ke atas pindaan tersebut bagi memberikan keadilan yang lebih baik lagi kepada OKT khususnya kepada mereka yang dikenali sebagai “drug mules /innocent carriers” (keldai dadah) iaitu pembawa dadah yang tidak tahu dan tidak sedar kandungan yang mereka diminta bawa adalah dadah.

Apabila Bukit Gelugur bentangkan pindaan balas itu, yang bangun menyokong dan berbahas adalah Puchong (DAP), Padang Serai (PKR), Sepang (AMANAH) dan Kapar (PKR).

Setiu (BN) juga bangun dan berbahas tapi menolak pindaan balas yang dicadangkan oleh Bukit Gelugor itu.

Menurut Hanipa, Shah Alam (Khalid Samad – AMANAH) juga berbahas melalui pencelahan dan “saya harus puji beliau kerana meskipun tidak berlatarbelakang undang-undang, beliau masih mampu memahami dan berbahas dengan amat baik!”

Kata Hanipa, meskipun DDA ini satu undang-undang serius yang boleh “membunuh” seseorang melalui organ mahkamah dan para MP PH berbahas dengan penuh ” passionate” dan dedikasi serta merayu bersungguh-sungguh kepada kerajaan/menteri BN agar diambil kira pindaan balas YB Bukit Gelugor bagi memastikan mereka yang mungkin jadi mangsa seperti “keldai dadah” dapat diselamatkan daripada tali gantung, “namun rayuan kami itu ibarat bercakap dengan orang yang tidak mampu mendengar!”

Hanipa juga berkata, “Bagi saya, sepatutnya hukuman mati mandatori yang wajar dihapuskan juga adalah hukuman ke atas mereka yang didapai bersalah membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

Bagaimanapun, jika selepas ini jika kerajaan ingin pinda seksyen 302 tersebut, beliau mencadangkan agar kerajaan mengambil contoh daripada “Jurispruden Islam.”

“Dalam sistem perundangan Islam, meskipun wujud hukuman bunuh bagi kes membunuh dengan sengaja (“qatlu al’ amd”) namun hukuman bunuh itu bukan hukuman mandatori.

“Di dalam Islam, ia beri pilihan kepada keluarga si mangsa. Kerana apa? Sebab keluarga mangsa lah yang secara langsung merasai kesan daripada pembunuhan itu,” katanya.

Sebab itu, katanya, mereka diberi tiga pilihan sama ada nak minta hukuman bunuh balas (qisas), atau hukuman diyat (pampasan/wang darah/blood money) atau dibebaskan sahaja OKT tersebut.

Hanipa juga berkaya, “mungkin kerajaan boleh juga ambil contoh daripada Jurispriden India.

“Di India, dalam satu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Agong di sana iaitu Kes Bachan Singh v State of Punjab, mahkamah kata hukuman mati hendaklah hanya dilaksanakan di dalam kategori kes yang “rarest of rare case” (yang paling jarang di kalangan kes yang jarang).

“Dan di India, dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC) mereka, dinyatakan secara khusus para hakim perlu ambil kira “special reasons” sebelum nak jatuhkan hukuman mati,” katanya.

Bagi Hanipa, pindaan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak boleh lagi berdalih dengan kata “kita adalah negara berdaulat dan elemen-elemen atau suara-suara dari luar atau masyarakat antarabangsa tidak boleh campurtangan urusan dalaman kita.”
“Hakikatnya, kini kita hidup di dalam apa yang orang panggil “a global village”.

“Penghapusan hukuman mati mandatori ini, saya kata semalam, menunjukkan kita tidak boleh lari dari desakan- desakan antarabangsa.

“Sebab itu, saya rasa pelik sangat bila ada suara yang kata saman sivil DoJ adalah campurtangan asing. Bagi saya, dengan hormat, kenyataan itu adalah manifestasi kejahilan luar biasa,”katanya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS