Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Selamatkan P. Pinang tolak tambakan tiga pulau jejaskan ekosistem laut

Selamatkan P. Pinang tolak tambakan tiga pulau jejaskan ekosistem laut

SITI NUR ZAWANI MISCON FOTO: WAN ZAHARI WAN SALLEHJuly 11, 2019 11:57 am




Forum Pulau Pinang hari ini menyerahkan memorandum bantahan menolak projek mega penambakan tiga pulau di Selatan Pulau Pinang kepada wakil Majlis Perancangan Fizikal Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Penang Forum, Khoo Salma Nasution berkata, petisyen bantahan yang telah dimuatnaik pada 10 Mei tahun ini telah mengumpulkan sebanyak 45,000 tandatangan sokongan.

Katanya, 20 alasan kukuh turut diberikan di dalam petisyen di laman web Change.org tentang mengapa penambakan selatan Pulau Pinang tidak harus diluluskan.

“Penambakan Pulau Pinang boleh dipertikaikan kerana ia menjejaskan alam sekitar hingga merosakkan kawasan pesisir dan ekosistem laut.

“Penambakan ini juga akan menyebabkan kemerosotan perubahan iklim, serta kos sosial yang akan ditanggung oleh para nelayan, kaum B40 dan generasi akan datang.

“Saya percaya terdapat percanggahan kepentingan di sini, apabila kerajaan nampaknya mempertahankan rakan penyampaian projek, konsortium pemaju, dan bukannya bertindak demi kepentingan awam, dan bukannya membenarkan pemeriksaan awam dan kajian semula,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika himpunan bantahan penambakan tiga pulau di Selatan Pulau Pinang, di hadapan Parlimen, hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa Pulau Pinang turut dipercayai tidak menghiraukan suara rakyat dan mengenepikan mereka serta mengaitkan rakyat di negeri itu dengan pihak parti pembangkang.

“Daripada sepatutnya mendengar rintihan kami atau menjemput kami berdialog, pihak berkuasa Pulau Pinang mengenepikan dan menyingkirkan NGO dengan label politik, manakala cybertroopers cuba pula mengaitkan kami dengan pihak parti pembangkang,

“Kami juga melakukan beberapa lagi petisyen mengenai pembangunan yang merosakkan alam sekitar dan pembangunan bukit, termasuk Pan-Island Link, yang telah mengumpulkan lebih 160,000 tandatangan. Keseluruhannya berjumlah 330,000 tandatangan untuk 5 petisyen.

“Petisyen yang disokong kuat ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang salah dengan pembangunan fizikal di Pulau Pinang. Kami merayu kepada Perdana Menteri dan Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk memberi keutamaan kepada pemuliharaan alam sekitar, terutamanya bukit-bukit dan lautan, serta menolak Penambakan Selatan Pulau Pinang,”ujarnya.

Tonton video : Di sini

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production