Selamba brader motor ni menyusup bawah lori, aksi bebal ini dikecam orang ramai

Oleh ARIF ATAN

Aksi berbahaya penunggang motor ini selamba menyusup di bawah lori yang sedang bergerak sebelum menyelit ke kiri jalan dihujani kecaman orang ramai.

Menerusi video yang tular, pemandu lori berkenaan seolah-olah terkejut dengan perbuatan itu sehingga agak lama membunyikan hon.

Bagaimanapun, penunggang motor tersebut kedengaran ketawa sahaja selepas melakukan perbuatan yang menempah maut itu.

Susulan itu, berduyun-duyun cemuhan membanjiri ruangan komentar dalam hantaran tersebut.

“Simpan video ini untuk mak ayah dan keluarga dia. Nanti kalau dah tergolek nanti, boleh tunjuk video ni.

“Jadi, tak payah nak cakap anak dia baik orangnya,” tempelak pengguna Facebook Idee Amir.

Penunggang motor ini selamba menyusup di bawah lori yang sedang bergerak laju.

Terdapat juga netizen yang membayangkan kemungkinan mana-mana tayar lori itu meletup ketika penunggang motor itu menyusup.

“Serpihan tayar terpelanting dan melekat tepat di helmet menyebabkan rider jatuh. Tak sampai dua saat tayar belakang lori itu mendarat tepat di badan rider.

“Kebetulan pula lori tu mempunyai masalah brek hingga menyeret jauh badan rider… Akhir sekali, mak ayah terpaksa mandikan jenazah menggunakan penapis santan,” kecam netizen bercampur seloroh.

Baca juga Aksi wanita ini terserempak dengan ‘ex’ buat warganet terhibur

Baca juga Pakai baju sama dikatakan bercinta, Shuib dikaitkan dengan wanita lain pula