Selamba campur air paip, jus oren dalam besen mop, pekerja terus buang lepas kantoi dirakam

Oleh MAISARAH AISYA

Kebersihan adalah perkara penting dalam menguruskan kedai makan malah pekerja perlu disaring dengan teliti terutamanya yang bekerja di bahagian dapur.

Sebuah restoran di China tular selepas terlibat dalam skandal kebersihan makanan selepas.

Menurut South China Morning Post (SCMP), seorang pekerja didapati mencampur air paip ke dalam besen mop lantai yang dipenuhi jus oren.

Kejadian dikatakan berlaku di restoran Tianye yang berpangkalan di Wenzhou, wilayah Zhejiang dan telah membuat permohonan maaf selepas insiden tersebut tular.

Video itu berjaya dirakam pelanggan yang memaparkan pekerja restoran itu meletakkan periuk berisi jus oren pekat.

Jus tersebut kemudian dimasukkan ke dalam besen yang digunakan untuk mencuci mop lantai lalu menambah air paip.

Kelihatan sebatang mop dan penyapu tergantung berdekatan pekerja itu, manakala sebuah tong sampah yang sudah penuh turut kelihatan di dalam video.

Menyedari dirinya dirakam, pekerja tersebut terus membuang jus oren itu ke dalam bekas hidangan, dan pekerja lain cuba menghentikan rakaman tersebut.

Pada 26 Ogos lalu, Restoran Tianye mengeluarkan kenyataan menyalahkan insiden itu atas kekurangan penyeliaan dan gaya pengurusan yang santai di cawangan terbabit.

Pengurus restoran telah diturunkan pangkat manakala pekerja yang terlibat digantung kerja dan ditempatkan dalam program latihan kebersihan makanan.

Baca juga: “Masa kahwin abang pinjam duit ayah RM10k, siap minta bayarkan kereta takut kena tarik, tapi bila ayah minta balik…”