Selamba cop orang pergi gym ‘gay’, netizen nasihat ustaz jangan senang jatuh hukum

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai lelaki juga wanita memilih untuk pergi ke gim kerana kelengkapan sukan lebih banyak dan berkualiti tinggi.

Namun ada pula orang yang senang melabel mereka yang suka bersenam di gim ini golongan yang suka sama jantina.

Alasan diberikan adalah kerana ketika bersenam selalunya yang mengangkat berat memerlukan bantuan dan perkara pertama mereka melihat ketika baring adalah bahagian hadapan lelaki.

Satu video dimuat naik oleh seorang individu yang bergelar ustaz menyoal para hadirin sama ada suami mereka berkunjung ke gim.

Tangkap layar video tersebut dengan tanda pagar gay dan lgbt.

“Kalau suami pergi gim, tanya dia pergi dengan siapa.

“Orang gay ini dia minat sukan, dia minat gim. Dia minat kepada perkara-perkara yang kesihatan, kecantikan badan, ‘sado-sado’, main besi, kan?” katanya dalam video tersebut.

Tambahnya golongan suami yang berada di gim ini pasti akan dibantu oleh seseorang terutamanya ketika aktiviti angkat berat.

“Ini pengalaman sayalah, kalau pergi ke gim tu dia tak boleh main seorang diri..dia kena ada orang bantu kan. Kalau nak angkat (pemberat) tu, dia akan ada orang tolong pegang.

“Eh kalau suami pergi gim, tanya dia pergi dengan siapa. Kadang-kadang dekat sana dia mesti ada seseorang yang tolong pegang, tolong bantu, tolong bawa.

“Bayangkan suami kita baring-baring, dia tengah tolak tolak naik ke atas ada orang lelaki dari atas tolong pegang. Apa yang dia tengok?,” ujar individu tersebut.

Rata warganet menasihati tuan empunya video untuk tidak senang melabel seksualiti seseorang hanya kerana mereka menjaga kesihatan.

“Gemuk salah, pergi gim salah. Aku pergi gim bertahun tak ada orang tolong, buat sendiri. Jangan mudah buat kesimpulan, memang ada kes tapi tempat lain pun ada.

“Kalau salah jatuh fitnah sudah ni. Lagi parah ketika bercakap ramai yang percaya.

“Tak baiklah cakap macam itu, semua atas minat masing-masing. Tak mungkin semua orang kuat sukan dan jaga kesihatan tu gay, dia cuma jaga penampilan,” antara komen warganet.

Baca juga: Penat jadi tentera, pemuda nekad balik kampung ternak ayam