Selamba rakam video tak pakai tali pinggang keledar dalam kereta, MK dan isteri jadi sasaran netizen

Oleh MAISARAH AISYA

Menggunakan tali pinggang keledar adalah cara paling murah dan mudah untuk mengurangkan risiko kematian sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Namun kini ramai yang memasang tali pinggang namun meletakkan tali di bahagian belakang badan mereka.

Ini adalah kerana kereta zaman kini akan mengeluarkan bunyi amaran untuk memakai tali pinggang keledar.

Kini tular video penyanyi, MK K-Clique bersama isteri yang merakam video berdua dalam kenderaan yang sedang bergerak.

Namun yang menjadi perhatian netizen adalah kedua-duanya memasang tali pinggang keledar tetapi tali yang sepatutnya berada di bahagian dada diletakkan di belakang badan.

Netizen mempersoal mengapa ada pemandu yang menggunakan cara ini, sedangkan ini adalah sebahagian daripada faktor keselamatan.

“Aku tak faham orang yang bawa kereta tapi tak pakai seat belt (tali pinggang keledar), aku kalau bawa tak pakai mesti rasa tak selesa,” komen Azim.

“Sebagai peringatan, pakailah seat belt. Sekurangnya dapat elak daripada jadi parah. Saya dulu kemalangan, kalau bukan sebab seatbelt rasanya boleh tercampak keluar,” ujar Yon.

“Bukan nak menyibuk, tapi jangalah pakai seat belt semata untuk elak saman. Sebagai jurulatih keselamatan, penat nak ingatkan semua untuk sayangi nyawa sendiri,” tambah Chom.

Ada netizen juga menasihati pengguna untuk mencontohi budaya Korea Selatan yang mementingkan rakyatnya memakai tali pinggang keledar.

“Kena contohi budaya Korea Selatan. Diorang, walaupun dalam drama babak dalam kereta tak betul-betul jalan atas jalan raya masih kena pakai tali pinggang keledar.

“Jungkook BTS rakam music video Left and Right dengan Charlie Puth pun pakai walaupun kereta tak jalan,” kata Ain.

Jangan main-main dengan Korea, muzik video Blackpink pernah disekat kerana salah satu ahlinya tidak memakai tali pinggang walaupun kereta tidak bergerak kerana ia dilihat memberi contoh yang buruk buat peminat mereka.

Harapnya rakyat Malaysia memilih untuk memakai tali pinggang keledar demi keselamatan dan nyawa mereka, bukan sekadar mengelak saman.

Baca juga: Beli tali jam dekat pasar karat, lelaki terkejut, rupanya emas 999