Selangor akan anjur Karnival 3W di 12 PBT mulai Februari

Selangor akan anjur Karnival 3W di 12 PBT mulai Februari

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan program Karnival Wanita,Kebajikan dan Kesihatan-3W (Women, Welfare dan Wellness) di 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula Februari ini.

Program diadakan julung kali di Selangor itu akan dimulakan pada 10 Februari depan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Menurut Exco Kesihatan, Kebajikan,Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud, menjangkakan menepati kumpulan sasar seperti wanita, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), remaka dan kanak-kanak serta beberapa program intergenerasi.

“MPAJ telah terpilih menjadi tuan rumah pertama Karnival 3W dengan membawa tema Sambutan hari Kanser Sedunia.

“Karnival ini diharapkan menjadi platform terbaik untuk pimpinan kerajaan negeri bertemu rakyat secara langusng, untuk menyampaikan maklumat dan penerangan berkenaan perkhidmatan yang disediakan di peringkatan Jawatankuasa,” ujarnya.

Barisa jawatankuasa pelaksana Karnival 3m bergambar bersama Dr Siti Mariah Mahmud ketika pra pelancaran karnival itu yang diadakan di Foyer  SUK di Shah Alam.

Dr Mariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang berkata, dengan penganjuran Karnival 3W di semua PBT sepanjang tahun ini akan menjadi medan interaksi antara kerajaan negeri dan rakyayt.

“Sebaik sahaja Kerajaan Negeri diberi mandat pada 2008 lalu, kita sememangnya bertekad untuk memberi solusi terbaik terhadap permasalahan rakyat.

“Saya amat berharap seluruh rakyat Negeri Selangor mengambil peluang dalam Karnival 3M untuk memberi majlum balas serta kritikan yang membina terhadap setiap perkhidmatan agensi-agensi kerajaan,” ujarnya dalam ucapan pada pra pelancaran Karnival 3M di Foyer MBSA di Shah Alam semalam.

Antara agensi yang terbabit secara langsung dalam Karnival 3M ini adalah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS); Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluar Negara (LPPKN), Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor, Majlis Tindakan OKU Selangor dan Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS).

Setiap PBT akan membawa tema berlainan setiap bulan.