Selangor beri insentif atlet Sukan Sea KL2017

Selangor beri insentif atlet Sukan Sea KL2017

Atlet Selangor yang mempamerkan prestasi cemerlang pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) lalu bakal menerima insentif penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Kita akan umumkan (nama-nama atlet cemerlang) pada program penyerahan insentif yang turut melibatkan beberapa tetamu kenamaan.

“Untuk tempoh ini, kita baru sahaja membuat perbincangan bersama Majlis Sukan Negeri (Selangor) untuk penganjuran majlis itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MSN Selangor, pagi ini lapor Selangorkini.

sukan seaTerdahulu, kontinjen negara menamatkan saingan di Sukan SEA ke-29 dengan 145 Emas, 92 Perak dan 86 Gangsa sekali gus muncul juara keseluruhan.

Daripada jumlah itu, Amirudin berkata lebih 100 atlet Selangor meraih pelbagai pingat hasil daripada keberkesanan program pembangunan sukan di peringkat negeri.

“Seramai 155 atlet Selangor yang diletakkan di bawah program pembangunan sukan negeri.

{loadposition myposition} Jumlah itu menyaksikan 100 daripadanya mendapat pelbagai pingat dengan kutipan 41 Emas, 29 Perak dan 28 Gangsa.

“Kejayaan ini boleh dikatakan bahawa atlet Selangor menjadi penyumbang terbesar kutipan pingat negara dalam temasya dwitahunan itu,” katanya.

Difahamkan, antara atlet Selangor yang paling menyinar sepanjang temasya itu adalah pemain bowling negara, Shalin Zulkifli; Gymnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi dan atlet gimrama negara, Amy Kuan.