Malaysia Dateline

Selangor buka Talian SELamat bagi sokongan psikologi pada individu terkesan banjir

Kerajaan negeri Selangor melalui Talian SELamat akan membuka talian hotline sokongan psikologi dan emosi bagi membantu individu yang terkesan akibat banjir.

Menerusi kenyataan yang disebarkan, Talian SELamat akan dibuka selama 10 hari bermula 22 Disember hingga 31 Disember 2021.

Semua pihak boleh menghubungi Talian SELamat melalui nombor 03 6419 5027.

Masa operasi bermula 10 pagi hingga 12 tengahari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang.

“Kaunselor dan sukarelawan terlatih juga bersedia membantu anda,” tulis kenyataan itu.