
Selangor kecualikan denda cukai petak selama 3 bulan
Kerajaan negeri Selangor mengumumkan pengecualian denda bayaran cukai petak selama tiga bulan bermula 1 Jun lalu hingga 31 Ogos 2019.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pengumuman itu adalah satu bentuk insentif dan hadiah hari raya kepada semua rakyat Selangor yang memiliki hakmilik strata.
Sehubungan itu katanya, pemilik hakmilik strata digesa merebut peluang itu dengan menjelaskan cukai petak sebelum 31 Ogos 2019 bagi menggelak dari dikenakan fi denda lewat.
“Ini adalah satu bentuk insentif dan hadiah hari raya kepada semua rakyat Selangor yang memiliki hakmilik strata.
“Di samping itu ia juga bertujuan menggalakkan pembayaran cukai petak demi kelangsungan pembangunan negeri selaras dengan agenda Selangor Maju Bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sejak Jun tahun lalu, Selangor mula menguatkuasakan fi dan cukai petak bagi skim pembangunan berstrata secara berkomputer.
Langkah itu menjadikan Selangor negeri pertama di negara ini yang menjalankan kutipan cukai petak