Selangor kekal nombor ‘wahid’ menyumbang kepada KDNK Negara

Selangor kekal nombor ‘wahid’ menyumbang kepada KDNK Negara

Dalam pembentangan Belanjaran Selangor 2018  pertumbuhan ekonomi Selangor 2018 dijangka akan meningkat pada kadar 5.3% hingga 6 % berbanding tahun sebelumnya 5% hingga 5.5 peratus.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga Disember 2017 Selangor dijangka bakal mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM7.88bilion dengan 240 projek.

Dalam tahun 2016 KDNK Selangor meningkat kepada RM251.6bilion atau 22.7% daripada KDNK negara berbanding RM240bilion atau 22.6% bagi tahun sebelumnya.

Kata Mohamed Azmin lagi senario positif ini dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan.

“Dengan rekod ini Alhamdulillah… Selangor kekal sebagai penyumbang nombor ‘wahid’ (satu) kepada KDNK Negara,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2018, di Dewan Negeri Selangor,di Shah Alam, hari ini.

Katanya lagi Selangor juga akan terus kekal menjadi destinasi utama pelabur kerana kerajaan negeri selama ini yang mempertahankan tadbirurus yang baik dan kebertanggungjawab.

Keyakinan ini sangat baik untuk negeri Selangor berdaya tahan bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi negara dan global.

“Kerajaan negeri akan teruskan dasar pelaburan yang berteknologi tinggi dalam meningkatkan daya saing global, ‘ujarnya yang menjurus kepada siri lawatan beliau ke China dan India baru-baru ini.

Belanjawan 2018 ini juga akan memperkenalkan beberapa dasar baru dan inisiatif untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipejabatnya ketika bersedia untuk pembentangan  Belanjawan Selangor hari ini.

Bagi tahun ke empat berturut-turut kerajaan negeri dalam Belanjawan 2018 kali ini memperuntukan sejumlah RM3.12 bilion dengan 53.2 peratus diperuntukkan bagi belanja pembangunan.

Belanja pembangunan sahaja merangkumi RM1.66 bilion sementara baki RM1.46 bilion diperuntukkan bagi belanja pengurusan meliputi yang 46.8 peratus.

” Belanjawan ini adalah tahun keempat berturut-turut Kerajaan Negeri melebihkan belanja pembangunan daripada belanja pengurusan.

“Ini selaras prinsip’ ex ante accountability’ dalam perancangan dan pengurusan belanjawan. Ia bagi memacu ekonomi dan pembangunanyang menjamin kesejahteraan juga kualiti hidup rakyat,” ujarnya.

Mohamed Azmin berkata, belanjawan kali ini juga dijangka mengalami defisit RM870 juta daripada peruntukan pembangunan substantif keperluan pembangunan mampan.

“Pengalaman tiga belanjawan lalu membuktikan Kerajaan Negeri melaksanakan perbelanjaan berhemah, perkukuh budaya kerja cekap,berintegriti, tiada pembaziran serta ketirisan.

“Ia berjaya ubah belanjawan defisit kepada belanjawan berimbang dan mengurangkan belanjawan defisit kepada jumlah yangmunasabah,” katanya.

6.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 5.5
CATEGORIES
TAGS