Malaysia Dateline

Selangor kurang dari 1,000 kes, Sarawak kekal tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 10,959 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 2,209,194 kes.

Hanya dua negeri merekodkan kes positif melebihi empat angka dengan tertinggi di Sarawak sebanyak 2,723 kes manakala Johor dengan 1,226 kes.

Selangor pula mencatatkan penurunan kes harian yang ketara dengan 979 kes hari ini.

Sementara itu, Kelantan merekodkan 983 kes diikuti Pulau Pinang (793); Sabah (751); Pahang (739); Perak (713); Terengganu (691); dan Kedah (660).

Turut mencatatkan kes Covid-19 hari ini ialah Melaka (346); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (176); Negeri Sembilan (110); Perlis (51) dan Putrajaya (18).

Tiada kes baharu direkodkan di Labuan hari ini berbanding empat kes dilaporkan semalam.