Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Selangor pula akan kuatkuasa larangan straw plastik
Sebelum ini Kementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan rancangan untuk menyekat penggunaan straw plastik di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selangor pula akan kuatkuasa larangan straw plastik

Oleh MALAYSIA DATELINEJune 13, 2019 2:31 pm




Selepas Kementerian Wilayah Persekutuan, kerajaan negeri Selangor pula mengambil inisiatif untuk mengawal penggunaan straw plastik bagi mengawal pencemaran.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) Selangor yang bersidang pada 12 Jun 2019 telah bersetuju dan meluluskan pelaksanaan dasar pengurangan penggunaan straw plastik di seluruh Negeri Selangor berkuatkuasa pada 1 Julai 2019 dengan hari pelaksanaannya pada setiap hari (7 hari seminggu).

Exco kerajaan negeri Selangor, Hee Loy Sian dalam satu kenyataannya berkata, dasar ini menggariskan pelaksanaan larangan penyediaan straw plastik secara automatik (default) bagi penyediaan minuman di semua premis-premis makanan/minuman dan restoran di seluruh negeri Selangor.

“Straw plastik juga dilarang untuk disediakan di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan.

“Justeru itu, straw plastik hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan untuk setiap minuman yang dipesan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor itu.

Katanya, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan meletakkan syarat ini dalam Syarat-syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha-pengusaha mengemukakan permohonan baru atau membaharui lesen perniagaan masing-masing.

“Dasar ini adalah selaras dengan Kempen Bebas Plastik yang sedang dijalankan di Negeri Selangor dan selari dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polistirena, penutup/pelapis makanan plastik, bahan-bahan plastik pakai-buang dan sebagainya,” katanya.

Menurut beliau, objektif utama dasar pengurangan penggunaan straw plastik ini dilaksanakan adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Negeri Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya straw plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Di samping itu, pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan dalam mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha kitar semula/ penggunaan semula serta menjaga kebersihan alam sekitar di Negeri Selangor.

“Kerajaan melalui PBT akan memantau dan memastikan kejayaan pelaksanaan dasar ini. Pengusaha-pengusaha premis makanan/minuman atau restoran digesa memberikan kerjasama dan bantuan supaya objektif pengurangan penggunaan plastik di Negeri ini tercapai,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri Selangor berasa amat bangga dan berterima kasih kerana terdapat ramai pengusaha premis makanan/minuman atau restoran telahpun mengambil inisiatif dan langkah ke depan daripada kerajaan dalam melaksanakan kempen-kempen ini.

Antaranya tidak memberi straw plastik secara automatik kepada pelanggan, menggunakan straw kertas atau straw buluh sebagai penggantian, mengedar straw “stainless steel” secara percuma kepada orang awam dan sebagainya.

“Justeru itu, orang ramai juga digalakkan untuk membawa bekas makanan/minuman dan straw minuman yang boleh diguna semula seperti atas.

“Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa meningkatkan usaha ke arah memastikan negeri ini sebuah negeri yang lebih bersih, indah, hijau serta mesra alam,” katanya.

Orang ramai juga digalakkan untuk memberi cadangan serta pendapat mengenai pelaksanaan kempen dan dasar seperti di atas kepada mana-mana jabatan/agensi kerajaan atau boleh menghubungi pejabat exco terus untuk tujuan tersebut.

“Setiap cadangan atau pedapat akan diberi perhatian dan dikaji agar kempen atau dasar kerajaan ini akan mencapai kejayaan,” katanya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production