Selangor, Pulau Pinang antara negeri ‘panas’ PRU14

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kedua-dua negeri Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor dan Pulau Pinang antara tujuh wilayah ‘panas’ bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Selain itu, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak diberikan fokus agar tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, di Perak sahaja terdapat 23 ‘kawasan panas’ yang perlu dipantau terutama Kuala Kangsar, Hilir Perak, Taiping dan Ipoh.

Menurutnya, polis turut mengawasi 1,131 individu dengan di Perak sahaja seramai 440 individu yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada ketenteraman awam sepanjang pilihan raya umum kali ini.

Peta Pulau Pinang

Beliau pada sidang media pada program ‘Bebas Jenayah dan Dadah, Masyarakat Kerian Sejahtera’ di Parit Buntar, semalam turut memberitahu 23 daripada 440 individu terbabit diberi tumpuan khusus yang dinilai dari semasa ke semasa.

Logo PDRM

Hari penamaan calon bagi PRU14 jatuh pada 28 April ini bersamaan Sabtu dengan 11 hari tempoh berkempen.

PRU14 menyaksikan seramai 14,940,624 pemilih berdaftar dengan 300,255 daripadanya adalah pengundi awal akan membuang undi empat hari lebih awal daripada 14,636,716 pemilih biasa.

Seramai 3,653 pengundi luar negara dengan lima negara permohonan pengundi pos di seberang laut tertinggi adalah United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Taiwan dan China.

6.0
OVERALL SCORE
2 user votes x 9.0