Selangor rai anak yatim, ibu tunggal dan bantu OKU sempena Ramadan

Selangor rai anak yatim, ibu tunggal dan bantu OKU sempena Ramadan

Seramai 250 anak yatim bersama 80 ibu tunggal diraikan dalam majlis Iftar Ramadan dan Tautan Kasih anjuran Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor di Wisma PKPS, Shah Alam, malam tadi.

Exco Kebajikan, Dr Daroyah Awli, berkata pihaknya turut menyampaikan duit raya dan sumbangan aidilfitri kepada setiap keluarga daripada seluruh DUN.

“Majlis itu diadakan bagi menggembirakan anak yatim serta ibu tunggal dalam menyambut bulan puasa, di samping memberi bantuan bagi meringankan beban,” katanya.

Bagi memeriahkan lagi majlis, ia turut diserikan dengan penampilan khas kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani serta tazkirah ringkas daripada Imam

Dalam perkembangan berkaitan kerajaan turut menyumbangkan keperluan bernilai RM10,000 kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur Di Kampung Melayu Batu 16, Rawang, pada 20 Jun lalu.

Dr Daroyah berkata, pusat itu khusus menjadi tempat jagaan dan perlindungan kepada 50 warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) yang mempunyai masalah mental.

Daroyah sumbangkan keperluan bernilai RM10000 kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur Di Kampung Melayu Batu 16 Rawang“Kerajaan Negeri menyumbangkan keperluan asas bernilai RM10,000 kepada pusat jagaan ini bagi meringankan beban operasi yang ditanggung mereka.

“Antara keperluan utama yang disumbangkan berbentuk susu dan lampin pakai buang,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu, Daroyah juga sempat meluangkan masa menziarah pesakit di Hospital Sungai Buloh dalam Program Ziarah Medik.

Katanya, program itu bertujuan memberi kata semangat serta mendoakan mereka cepat sembuh supaya boleh pulang menyambut Aidilfitri bagi yang beragama Islam, di samping menyampaikan sumbangan.

COMMENTS

Wordpress (0)