Selepas 10 hari Tabung Harapan cecah lebih RM50 juta

Selepas 10 hari Tabung Harapan cecah lebih RM50 juta

Selepas 10 hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Tabung Harapan Malaysia, kini tabung itu berjaya mengumpul lebih RM50 juta.

Menurut Kementerian Kewangan jumlah yang dikuti setakat jam 3 petang hari ini adalah RM52,216,682.08.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan dengan tujuan membantu menangani keadaan kewangan negara.

Tabung yang dilancarkan pada 30 Mei lalu bermula dengan kutipan RM7 juta pada hari pertama.

Sejak itu, rakyat Malaysia dan pelbagai syarikat, tampil menyerahkan sumbangan mereka

CATEGORIES
TAGS