Malaysia Dateline

Selepas 12 hari di hospital, Hamzah sembuh Covid-19

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar dari hospital pada 24 Januari lalu.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan juga difahamkan berada dalam keadaan baik.

Hamzah disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sebelum ini tular dakwaan bahawa Hamzah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran tahap kesihatannya yang merosot.

Ahli Parlimen Larut itu antara 30 ahli politik pelbagai parti yang dijangkiti Covid-19 sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu.