Malaysia Dateline

Selepas 18 tahun jalani baik pulih, pagoda tertua, terbesar di Korea Selatan dibuka semula April

Pagoda tertua dan terbesar di Korea Selatan akan dibuka kepada pengunjung bulan depan selepas 18 tahun menjalani proses baik pulih, demikian menurut kerajaan tempatan pada Rabu.

Kerajaan bandar Iksan baru-baru ini telah menyiapkan kerja-kerja membaiki pagoda di tapak Kuil Mireuk yang terletak di barat daya bandar itu, lapor agensi berita Yonhap.

Pagoda itu dibina semasa era pemerintahan Raja Mu (600-641) dan merupakan khazanah negara ke-11 Korea Selatan.

Struktur awal bangunan pagoda itu mempunyai sembilan tingkat, bagaimanapun pada awal abad ke-20 ia diubah suai menjadi enam tingkat untuk menghalangnya daripada runtuh. Pada tahun 1915 sekali lagi pagoda dibaik pulih ketika penjajahan Jepun.

Pada 1998 pihak berkuasa warisan budaya menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan terbabit dan mendapati terdapat risiko pagoda itu akan runtuh.

Ia kemudian ditutup kepada orang ramai pada 2001 untuk projek membaik pulih yang menelan kos 23 bilion won (US$20.3 juta).

— BERNAMA