Malaysia Dateline

Selepas 2 bulan kahwin dengan hantaran RM149,346.15 rumah tangga atuk bersama gadis 19 tahun berkecai

Selepas 2 bulah mengahwini gadis berusia 19 tahun dengan hantaran RM149,346.15, hartawan berusia 65 tahun dilaporkan sudah bercerai.

Perkahwinan Warga emas hartawan itu dengan gadis terbabit menjadi tular berikutan jarak usia antara mereka sangat jauh iaitu 47 tahun.

Menurut laporan Kompas, lelaki dikenali sebagai Haji Sondani bernikah dengan Fia Barlanti di Jawa Barat, pada 18 Mei lalu.

Sondani itu dilaporkan turut berbelanja sakan dengan membeli rumah serta kereta kepada isterinya sebaik sahaja mereka bergelar suami isteri.

Pasangan itu turut menjadi tular kerana majlis perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran

Selepas berkahwin, pasangan itu dilaporkan menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, bersama-sama dengan keluarga pengantin perempuan.

Semua perbelanjaan untuk keluarga pengantin perempuan itu dilaporkan ditanggung oleh Haji.

Dalam pada itu, satu hantaran di Instagram pada 3 Ogos mengesahkan bahawa Haji sudah menceraikan isterinya itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca perpisahan mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, lelaki berusia 65 tahun itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya. Perkara terbabit diberitahu oleh seorang individu yang mendakwa dirinya adalah jiran kepada pasangan tersebut.

Baca juga: Laptop lebih bermanfaat-Anak muda pertikai projek tablet PerantiSiswa Annuar Musa

Baca juga: Sajat tanya macam mana nak senang mengandung, netizen balas “period teratur tak bang”