Selepas 24 tahun meninggalkan Kementerian Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan kementerian itu pada jam 7.57 pagi tadi sekaligus memulakan tugasnya sebagai Menteri Kewangan.
Kira-kira 100 pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Kewangan menyambut ketibaan Perdana Menteri.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemudiannya menuju ke pejabat beliau di Tingkat 12 di kementerian itu untuk mempengerusikan mesyuarat bersama pegawainya.
Anwar sebelum ini pernah memegang portfolio Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baca juga Salahuddin jumpa pemain industri telur ayam, minyak masak paket esok
Baca juga Hajat nak curi motosikal tidak kesampaian, pengawal keselamatan lagi bijak atur langkah