Selepas empat tahun menjanda, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi berita gembira apabila kini sudah menjadi tunangan orang.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, balu Abam berusia 33 tahun itu memuat naik foto dengan seorang lelaki ‘misteri’ di atas pelamin sambil memegang bunga tangan.
Dalam foto itu juga, Hidayah yang kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden berwarna putih biru trip, hanya meninggalkan kapsyen berbentuk emoji hati (cinta).
Identiti lelaki itu bagaimanapun tidak kelihatan apabila kerana bergambar dengan membelakangi kamera.
Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya berkongsi rasa gembira dan teruja atas pertunangannya dengan lelaki tersebut.
Mereka juga menitipkan doa agar urusan Hidayah dipermudahkan.
“Alhamdulillah Dayah dah tunang,” komen netizen. Yuhuuuuu
“Alhamdulillah, awak berhak (bahagia). Semoga segala urusan awak dipermudahkan Allah SWT,” ujar seorang pengikutnya.
“Semoga ini pilihan terbaik untuk Hidayah dan dipermudahkan segala urusan,” kata seorang lagi pengikutnya.
Terdahulu, Hidayah Allahyarham Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.
Industri seni hiburan tempatan bagaimanapun dikejutkan dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020.
Baca juga: ‘Simple’ rupanya, tak perlu beratur untuk beli! Ini resipi kuih qasidah utara