Malaysia Dateline

Selepas banjir, ribut pula landa Kebun Bunga, Shah Alam

Selepas banjir besar, penduduk Shah Alam khasnya penduduk Kampung Kebun Bunga, Shah Alam dilanda ribut pula.

Banyak bumbung rumah yang dterbangkan oleh angin ribut yang melanda mereka petang Khamis lepas.

Selain bumbung rumah, sebanyak 10 kenderaan awam rosak akibat dihempap pokok dan bumbung dalam dua kejadian di sekitar Seksyen 13.

Bangunan di Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam rosak akibat ribut dan hujan lebat yang melanda petang tadi.

Cermin surau di politeknik tersebut serta bilik pejabat dan beberapa buah kenderaan termasuk bumbung tercabut dan runtuh.

Antara yang awal datang membantu mangsa ribut adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Antara tempat yang dilawati pada malam Khamis lepas selepas kejadian berlaku adalah kedai makan Warong Palace yang rosak teruk.

Semalam, Khalid turut serta bergotong- royong bersama penduduk Kg Kebun Bunga membersihkan timbunan bumbung Warong Palace yang diusahakan Saudara Boy yang ranap dilanda ribut itu.

“Semoga Boy tabah dan cekal untuk meneruskan kembali perniagaan yang terjejas serta segera pulih,” kata Khalid dalam catatat di facebook beliau.