Selepas beri keterangan AMCJL  buat satu lagi laporan polis gesa Jho Low diekstradisi

Selepas beri keterangan AMCJL buat satu lagi laporan polis gesa Jho Low diekstradisi

Anak Muda Cari Jhow Low (AMCJL) hari ini membuat laporan polis selepas enam anggotanya yang menyertai himpunan 14 April lalu memberikan keterangan di IbuPejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Menurut Pengarah Mobilasi Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin, beliau hadir bersama lima lagi rakan-rakannya untuk memberikan keterangan.

Turut hadir tiga peguam yang diketuai oleh Faiz Fadzil.

Antara penama yang turut di panggil hari ini, memberikan keterangan ialah Pengarah Eksekutif Suharam Sevan Doraisamy, dua aktivis pelajar Muhammad Luqmanul Hakim dan Asheeq Ali Sethi Alivi dan aktivis Quratulain Atiqah dan Fadiah Nadwa Fikri.

“Selesai berikan keterangan kami telah  buat satu lagi laporan polis untuk menuntut PDRM  dan SPRM mulakan siasatan ke atas Jho Low  individu yang kami yakin menjadi dalang utama dalam skandal 1MDB.

“Kami mengesa pihak berkuasa bukan sekadar menyiasat bahkan perlu membawa pulang Jho Low agar proses penyiasatan boleh dimulakan segera. mengikut undang-undang negara kita.

“Besar harapan kami siasat terhadap Jho Low dimulakan segera. Selagi beliau tidak dipanggil cerita di sebalik 1MDB ini tidak terjawab,” ujarnya ketika menemui media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas selesai memberikan keterangan hari ini.

Peguam Faiz Fadzil yang juga Timbalan Pemuda AMANAH berkata, beliau mendapat tahu Jho Low kini berada di Taiwan.

” Jho Low berada di merata-rata negara. Tetapi yang kia dapat tahu beliau kini berada di Taiwan.

‘Kita minta pihak polis pro aktif untuk mengekstradisi Jho Low dari Taiwan dengan bantuan pihak berkuasa di sana perlu dilakukan segera.

“Kami tidak mahu wang negara hilang begitu sahaja tanpa tangkapan yang lengkap oleh pihak berkuasa Malaysia,” ujarnya.

Baca: Shazni, lima lagi dipanggil beri keterangan hari ini

7.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 8.0
CATEGORIES
TAGS