Malaysia Dateline

Selepas bersama Presiden, hari ini bekas TYT Melaka bersama Mujahid pula

Semalam bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama Presiden AMANAH Mohamad Sabu di Kuala Linggi, hari ini beliau kelihatan bersama Naib Presiden AMANAH Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurut Mujahid, beliau berkesempatan bertemu bekas TYT Melaka itu semasa berkempen di DUN Ayer Limau di mana calonya adalah Mazenah Baharuddin.

Katanya, kehadiran Tun Khalil dalam program kempen pilihan raya negeri bagi calon Pakatan Harapan ini menandakan satu isyarat positif kepada Pakatan Harapan.

Mujahid turut berkongsi beberapa foto sedang minum di sebuah kedai kopi bersama Tun Khalil dan calon Pakatan Harapan.

Bekas TYT Melaka Tun Khalil bersama Naib Presiden AMANAH Dr Mujahid ketika berkempen di Ayer Limau

Tun Khalil semalam hadir dalam kempen bersama calon Pakatan Harapan Julasapiyah Kassim di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi.

Secara peribadi bagi Mohamad Sabu kehadiran tokoh yang amat dihormati oleh rakyat Melaka ini, merupakan suatu yang positif kepada Pakatan Harapan.

Pilihan raya negeri Melaka melibatkan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November ini.