Selepas dikira wang tunai dirampas RM120juta

Selepas dikira  wang tunai dirampas RM120juta

Dianggarkan sejumlah RM120 juta hasil rampasan wang tunai dalam pelbagai mata wang dari Pavilion Residences minggu lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) Bukit Aman.

Menurut sumber yang dipetik daripada The Star, itu berkata, pegawai dari CCID menyelesaikan tugas mengira wang tunai yang disita itu di ibu pejabatnya di Menara 238 di Jalan Tun Razak, pada 23 Mei lalu.

“Proses mengira wang tunai bermula pada hari Isnin (21 Mei) kerana penyiasat mengambil masa yang lama untuk memastikan proses itu dilakukan dengan teliti.

“Sebanyak 30 beg berisi wang tunai dikira oleh anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara. Jumlahnya dianggarkanRM120 juta,”kata seorang sumber.

Selepas mengira, beg berisi wang tunai itu kemudian diangkut ke Bank Negara untuk simpanan.

Beg yang berisi wang tunia itu antara 284 kotak yang diisi dirampas berisi beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang dari tiga kondominium mewah tersebut.

Penyitaan itu dilakukan adalah sebahagian daripada siasatan polis berkaitran 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jumaat polis merampas barang berharga dan wang tunai berikutan pemeriksaan di enam lokasi yang dikaitkan dengan Najib, termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasminya serta premis lain.

Dalam laporan polis, Najib mendakwa bahawa wang tunai yang diperoleh dari Pavilion Residences adalah derma dari kawannya dan bermaksud untuk kempen pilihan raya Barisan Nasional.

Apabila dihubungi, pengarah CCID Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh enggan mengulas sama ada perkara itu masih dalam siasatan.

“Saya tidak dapat mengulas mengenai jumlah wang tunai yang telah dikira. Saya akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan mengenai hasil siasatan, “katanya.

Difahamkan polis juga dibantu oleh agensi lain, termasuk Bank Negara.

Sumber-sumber lain juga telah dilaporkan sebagai berkata bahawa proses mengira wang itu sangat membosankan kerana ia melibatkan pelbagai denominasi, dan nombor siri setiap wang kertas yang dirampas perlu direkodkan.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
3 user votes x 9.0