Selepas dipenjara lima tahun, doktor Malaysia ini diusir dari New Zealand

Oleh DANIAL HAKIM

Selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mencabul pesakitnya secara seksual, seorang doktor warga Malaysia diusir pulang dari New Zealand.

Pencabulan seksual terhadap empat lelaki muda ketika dibius pada 2014 itu dilakukan oleh David Kang Huat Lim, 46, di sebuah klinik di Hastings.

Kesemua mangsa yang dibius menggunakan Midazolam, memberitahu Mahkamah Daerah Napier pada 2017 bahawa ketika sedar, doktor itu didapati sedang meraba alat sulit mereka.

David Lim menolak parol sebanyak empat kali sejak 2019 ketika menjalani hukuman di penjara North Island.

David Lim, yang kini mengakui dirinya bertukar jantina menjadi wanita dikenakan perintah pengusiran di akhir hukuman penjara lima tahun pada 1 Jun lalu dan masih menafikan tuduhan terhadapnya, lapor New Zealand Herald dipetik Agensi.

Keputusan Lembaga Parol dan dokumen rasmi terbaru agensi kerajaan berhubung status jantina doktor berkenaan masih merujuk kepada nama David Lim ekoran tiada bukti dia menukar nama.

David Lim berpindah ke New Zealand pada 2006 dan pernah menjalani latihan sebagai doktor di Scotland selain pernah menjadi pendaftar di Hospital Hawke’s Bay di Hastings, New Zealand, selama tiga tahun.

Sejak 2019, dia menolak parol sebanyak empat kali ketika menjalani hukuman di penjara North Island.

Pendaftaran David Lim untuk berkhidmat sebagai doktor di New Zealand dibatalkan dan diarah menjalani hukuman penjara lima tahun pada Ogos 2017 selepas perbicaraan selama 10 hari.

Pada 2018, sebuah tribunal perubatan di New Zealand melarang David Lim daripada terus berkhidmat sebagai doktor perubatan dan memerintahkannya membayar kos NZ$4,380 (RM12,219).

Baca juga Doktor kongsi rahsia aliran darah otak yang baik

Baca juga Lelaki kudung kaki kiri gigih cari rezeki, berhasrat beli mesin pembancuh tepung