Lagi 2 Adun sertai Bersatu selepas enam bulan keluar Umno

Lagi 2 Adun sertai Bersatu selepas enam bulan keluar Umno

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memberitahu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di negeri itu membuat keputusan menyertai Bersatu.

Mereka ialah Rasman Ithnain yang merupakan Adun Sedili dan Adun Johor Lama, Rosleli Jahari, kata Osman yang juga Pengerusi Bersatu Johor.

Sebelum ini Adun Endau, Alwiyah Talib turut sah menyertai Bersatu sejak dua bulan lalu.

“YB (Yang Berhormat) Rasman dan YB Roslaily baru sahaja menyertai Bersatu pada 19 November lalu,” katanya kepada ketua biro media massa selepas mendengar taklimat tentang Belanjawan Negeri 2018, malam tadi.

Keputusan tiga Adun berkenaan menjadikan Pakatan Harapan Johor pada masa ini mempunyai 39 wakil, manakala BN dengan 16 Adun dan seorang daripada Pas.

Mengulas lanjut, Osman berkata, Bersatu sentiasa terbuka dan menerima baik kemasukan wakil rakyat berkenaan dan permohonan mereka telah diluluskan kepimpinan tertinggi parti itu.

Kesemua Adun berkenaan adalah wakil rakyat Umno, namun mengumumkan keluar parti pada 12 Mei lalu selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Osman yang juga Adun Kempas bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada lebih ramai wakil rakyat pembangkang, khususnya Umno akan menyertai Bersatu.