Malaysia Dateline

Selepas enam kali berbincang, menteri beri jaminan tarif elektrik tidak bebankan rakyat

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kadar tarif baharu elektrik yang bakal diumumkan tidak akan membebankan rakyat.

Pemimpin Pas itu berkata tarif baharu elektrik bagi tahun ini sehingga 2024 sudah diputuskan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Menurutnya, dia sudah berbincang dalam Kabinet sebanyak enam kali berturut-turut dan kadar itu semalam telah dimuktamadkan.

“Kita akan melaksanakan IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) dan RP3 2022-2024 (Tempoh Regulatori Ketiga IBR) pada 1 Februari ini, jadi anda boleh teka bila kita akan umumkan.

“Suruhanjaya Tenaga akan umumkan tetapi saya boleh bagi gambaran, ia tidak sama sekali membebankan rakyat,” lapor BH.