Selepas Equanimity, kerajaan akan tuntut jet peribadi milik Jho Low di Singapura

Selepas Equanimity, kerajaan akan tuntut jet peribadi milik Jho Low di Singapura

Kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan pihak berkuasa Singapura untuk mendapatkan kembali jet peribadi di republik itu yang dipercayai dimiliki oleh taikun Jho Low Taek Loq atau dikeeali sebagai Jho Low.

Apabila ditanya sama ada jet itu dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: “Ya … Saya fikir begitu, jadi kita perlu bawa balik.” ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Perdana Universiti di sini selepas melawat pameran Tun M: A Forever Legacy, di Universiti Perdana hari ini.

Dr Mahathir berkata perbincangan telaah diadakan mengenai perkara itu dengan “seseorang dalam kerajaan Singapura.”

Ia susulan dilaporkan tahun lalu bahawa Singapura telah merampas jet persendirian bernilai AS$35 juta milik Jho Low.

Jet jenis Bombardier Global 5000 jet itu telah ditahan oleh pihak berkuasa dan kini berada di Lapangan Terbang Seletar Singapura.

Pesawat itu dipercayai menjadi sebahagian daripada aset bernilai AS$1bilion yang didakwa kerajaan AS untuk merampasnya yang diperolehi dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.

“Kita cuba untuk mendapatkan semula semua wang yang telah dicuri daripada kita. Kita tahu siapa yang memilikinya, tetapi sudah tentu, kita tidak tahu di mana mereka berada,” tambah Dr Mahathir.

Sementara itu, perdana menteri bertindak balas terhadap pengkhianatan terbaru Jho Low terhadap penyitaan superyacht Equanimity, satu hari selepas ia diumumkan bahawa kapal mewah akan dilelongkan kepada penawar tertinggi.

Kapal layar mewah Equanity itu tiba di Bouested Cruise Terminal, Pulai Indah, Pelabuhan Kelang pada Selasa lalu.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS