Malaysia Dateline

Selepas hampir seminggu nahas jalan raya, ini khabar terkini Ustaz Wan Ji

Selepas hampir seminggu ditimpa nahas jalan raya, penceramah popular, Ustaz Wan Ji Wan Hussin pagi ini memberitahu perkembangan terkini kesihatan beliau.

Beliau yang mendapat jaminan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk rawatan susulan di Hospital Pakar KPJ Shah Alam berkata, pergerakannya buat masa ini amat terbatas.

Ikuti perkongsian daripada Ustaz Wan Ji yang ditulis pagi tadi menerusi Facebook beliau, Herjunot Ali:

Takdir Allah luar dari apa yang kita fikirkan.

Hari Sabtu (14 Mei 2022), saya kemalangan dalam perjalanan pulang dari program dialog bersama kawan-kawan bukan Islam di Kluang Johor.

Saya pengsan sejurus kemalangan. Saya sedar ketika berada di hospital. Beberapa hari di hospital Batu Pahat dan hari ini, saya sudah berada di Selangor.

Menurut doktor, didapati saya ada masalah pada pendarahan dalaman pada kepala, buah pinggang dan hati. Walaupun tidak terlalu kuat, tetapi tetap perlu ambil berhati-hati.

Terima kasih tidak terhingga kepada Amirudin Shari selaku MB Selangor yang memberi cadangan dan jaminan untuk saya mendapat rawatan susulan di KPJ Shah Alam serta saudara Eekmal Ahmad yang urus kemasukan saya di sini.

Juga terima kasih kepada teman-teman yang membantu dari pelbagai sudut seperti bantuan kewangan dan berdoa yang tidak putus-putus.

Buat masa ini, pergerakan saya amat terbatas.

Doakan agar saya sembuh seperti sediakala untuk saya mulakan balik siri baca kitab online Syarah sahih Bukhari dan tafsir dalam page Maulana pada setiap hari, kuliah Sunan Abi Daud saya di Surau al-Bayan.

Insya Allah akan mulakan Syarah awal Sahih Bukhari di madrasah Iqra’, Kepong yang sudah lama rancang bersama Dato’ Mat Noor dan Haji Umar dari Amanah Kepongchannel.

Demikian juga, usaha nak sempurnakan Syarah Sunan Abi Daud dan Syarah sahih Bukhari secara bertulis melalui blog untuk memudahkan mereka yang tidak mampu berbahasa Arab untuk merujuk perbahasan sesuatu hadis.

Blog: wanji-abi-daud.blogspot.com dan wanji-bukhari.blogspot.com

Baca Wan Ji sifatkan Pas era Hadi bina pemikiran lebayisme

Baca Akaun media sosial kerajaan Singapura diserang pengikut Ustaz Somad