Malaysia Dateline

Selepas JKM, timbalan pula bantu pertahankan Rina Harun

Selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), timbalan kepada Datuk Seri Rina Harun, Datuk Siti Zailah Yusof pula membela beliau.

“Saya kenali beliau dan rapat. Dia ikhlas dan sangat baik.

Sebuah stesen TV Thailand juga menyiarkan video Rina mencuci tahi cicak.

“Bagi saya dia buat yang terbaik, sanggup berkorban dan turun padang membantu pelajar sekolah yang hendak bersekolah nanti,” kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Siti Zailah melalui program Bual Bicara bersama Sharkawi Jirim di RTM semalam.

Rina diserang dan disindir kiri dan kanan termasuk oleh stesen TV negara jiran Thailand yang menyiarkan beliau membersihkan tahi cicak di sekolah.

Melalui video yang disiarkan, Rina dilihat membersihkan lantai sekolah yang sudah bersih dengan waterjet sambil diambil gambar oleh sekurang-kurangnya tiga jurugambar dan juga jurukamera.

Gambar yang dimuatnaik Siti Zailah menerusi Facebook beliau ketika Kelantan dilanda banjir sebelum ini turut mendapat kecaman netizen kerana didakwa berlakun jadi driver lori padahal tiada kuncinya.

Menurut Siti Zailah, ahli Parlimen Rantau Panjang itu, Rina ikhlas mahu membantu susun kerusi dan bangku sekolah menjelang penggal sekolah yang dibuka.

Sebelum ini, Siti Zailah juga diserang teruk oleh para netizen apabila beliau memuat naik sekeping gambar beliau kononnya memandu lori untuk membantu mangsa banjir tetapi kunci lori itu tidak ada pada tempatnya.

Netizen beranggapan Siti Zailah berlakun sahaja kerana ‘mana kunci lori itu’.

“Belajar bawa lori…Ziarah pusat perpindahan dengan lori…kerana air banjir dalam…tidak lepas harung dengan 4×4,” tulis Zailah ketika memuatnaik gambar ini.