Malaysia Dateline

Selepas Johor, penyakit’ bubar DUN bakal berjangkit ke Kedah?

Apakah penyakit membubarkan Dun negeri untuk diadakan pilihan raya bagi memiliki kuasa memerintah penuh akan berjangkit ke Kedah pula selepas ini?

Sebelum ini penyakit itu berlaku di Melaka dan kini sedang melanda Johor yang sedang dinanti-nantikan oleh umum.

Dun Melaka dibubarkan kerana Umno ingin menguasai negeri itu sementara hal sama juga terjadi di Johor. Walaupun Umno sudah berkuasa di Johor, tetapi kerana kemenangan tipis dan ada tindakan melompat ia memerlukan mandat baru.

Penyakit membubarkan Dun kini sudah bertiup kencang ke Kedah pula. Bagaimana MB Kedah Sanusi bukan Junid mendakwa tiada apa-apa yang berlaku di Kedah dan keadaannya baik?

Beliau memberi penjelasan itu ekoran timbul desas-desus empat orang Adun akan tarik sokongan kepada kerajaan pimpinannya. Diberitakan dua daripada Umno dan dua daripada PN (Bersatu).

Ada munasabah juga kalau Adun Umno tarik sokongan kepada kerajaan Kedah kerana ia dipimpin oleh Pas. Hubungan Umno dengan Pas ketika ini genting apabila Pas memilih untuk bersama Bersatu di Johor dan Melaka.

Umno perlu berbuat demikian untuk mengajar Pas langit tinggi rendah. Tetapi kurang munasabah kalau dua Adun PN.

Bagaimana pun Dun Kedah boleh juga berkucar Wak Yah kalau ada mana-mana Adun daripada PH dan juga Pejuang bertindak sama dengan Adun Umno.

Penyakit membubar dewan itu Kedah itu mungkin akan melarat selepas sekesai pirane Johor, jangan anggap ia dongengan.