Selepas kecoh, nama Rahman Dahlan dan Musa Aman tercicir dari calon Umno
Rahman dalam sidang media membantah perlantikan Bung Mokhtar sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Sabah yang akhirnya beliau sendiri tidak terpilih.

Selepas kecoh, nama Rahman Dahlan dan Musa Aman tercicir dari calon Umno

Ketua Umno Bahagian Tuaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan tercicir dari senarai calon Umno untuk pilihan raya negeri Sabah akan datang ini.

Turut tercicir adalah nama bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang sebelum ini berusaha membatalkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah dan seterusnya diadakan pilihan raya.

Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan akan bertanding 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan 26 September ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pengumuman Calon BN di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN Sabah dengan penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Sebelum ini, ketika berucap kepada pemimpin dan petugas Umno Tuaran, Abdul Rahman berkata, beliau akan mempastikan maruah Umno terbela dalam pembahagian kerusi dan pilihan raya kali ini.

“Kita akan pastikan maruah Umno Sabah khasnya di Sulaman ini terbela,” kata Abdul Rahman dalam pertemuan minggu lalu itu dengan penuh semangat dan mendapat tepukan gemuruh penyokongnya.

Sebelum ini, Rahman menimbulkan kekecohan apabila membantah perlantikan Datuk Bung Mokhtar Radin sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah.

12 bahagian Umno di Sabah dengan diketuai Rahman membantah pelantikan Bung Moktar Radin sebagai pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Barisan Nasional (BN) seperti diumumkan Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi mereka, pengumuman presiden Umno itu melanggar semangat autonomi diberikan kepada Umno Sabah untuk menentukan hala tuju sendiri.

Katanya, tindakan memilih Bung Moktar yang berdepan tuduhan mahkamah adalah penghinaan kepada Umno Sabah dan seperti memberi peluru kepada pihak lawan sedangkan BN berpeluang besar memenangi pilihan raya itu disebabkan kelemahan parti Warisan.

Berikut adalah senarai calon dan kerusi yang ditandingi BN sebagaimana yang diumumkan Bung Mokhtar.

Banggi – Akram Ismail

Bengkoka – Harun Durabi

Pitas – Sufian Abdul Karim

Tempasuk – Mohd Arsad Bistari

Usukan – Datuk Seri Salleh Said Keruak

Pantai Dalit – Jasnih Daya

Karambunai – Datuk Yakubah Khan

Darau – Datuk Jumat Idris

Tanjung Aru – Mohd Reduan Aklee

Tanjung Keramat – Shahelmy Yahya

Pantai Manis – Mohd Tamin @ Tamin Zainal

Bongawan – Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin

Lumadan – Datuk Kamarlin Ombi

Sindumin – Sani Miasin

Kemabong – Datuk Raime Unggi

Telupid – Abdul Wahab Abdul Ghani

Sugut – Datuk James Ratib

Gum-Gum – Suhaimi Nasir

Sungai Manila – Mokran Ingkat

Sungai Sibuga – Mohamad Hamsan Awang Supian

Sekong – Hazulizah Md Dani

Kuamut – Juhari Janan

Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin

Sukau – Datuk Jafry Ariffin

Tungku – Momen @ Abd Momen Anchai @ Anghai

Kunak – Halid Harun

Sulabayan – Abdul Manan Indanan

Balung – Hamild @ Hamid Awang

Kukusan – Chaya Sulaiman

Tanjung Batu – Andi Muhammad Surady Bandy

Paginatan – Junaidi Sahat

 

COMMENTS

Wordpress (0)