Malaysia Dateline

Selepas kena serang kes gunting rambut, Pegawai MITI serang KKM

Selepas kena serang kerana gedai gunting rambut, kini Kementerian Pedagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyerang Kementerian Kesihatan (KKM) pula.

Pegawai Khas Menteri MITI, Afif Bahardin mempersoalkan apakah perancangan KKM dalam menghadapi Covid-19.

“Jadi apa plan KKM di Putrajaya untuk rakyat adaptasi kepada ‘the new normal?

“Virus Covid-19 ini kita hanya kenal Disember lepas dan tak puna vaksin sehingga hari ini.

“PKP takkan hapuskan wabak Covid-19!

“What is Malaysia’s endgam plan towards Covid-19,” tanya Afif, pegawai khas kepada Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

Sebelum ini, ketika menjawab soalan wartawan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhisham Abdullah mempertikaikan cadangan MITI untuk membenarkan kedai gunting rambut dibuka sehingga menyebabkan cadangan itu ditarik balik oleh kerajaan.

Ekoran itu, Afif dalam satu hantarannya telah membela bos beliau dengan berkata, gunting rambut mampu mengurang tekanan darah tinggi.

“Perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas dari sudut kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi; antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini,” katanya.

Akibatnya, Afif ditempelak oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik.