Malaysia Dateline

Selepas #KerajaanGagal, kini #KerajaanBodoh pula sohor di Twitter

Sejumlah 16,900 ciapan menggunakan tanda pagar #KerajaanBodoh sekali gus sohor dalam Twitter hari ini.

Sebelum ini, tanda pagar #KerajaanGagal trending ekoran kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal pandemik Covid-19.

Rakyat berharapkan kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya memandangkan jangkitan harian Covid-19 yang mendadak.

Kes baharu pandemik yang membawa maut itu terus melepasi 6,000 kes sejak lima hari lalu manakala program vaksinasi berjalan amat perlahan.

Setakat tengah hari tadi, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini mencecah 512,091 kes.

Peningkatan kes Covid-19 juga masih menyaksikan Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baharu tertinggi.