Malaysia Dateline

Selepas khidmat kapal terbang henti, tambang feri ke Pangkor pula naik 40%,

Selepas khidmat kapal terbang henti ke Pangkor dari Subang sudah dihentikan hingga ke bulan Oktober 2022 hari ini tambang feri pula naik 40%.

Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius dengan kenaikan harga tambang feri ke Pulau Pangkor baik dari Jeti Lumut atau Jeti Marina bermula 1 Julai baru[-baru ini.

Berdasarkan pengumuman rasmi daripada pengusaha feri, mereka mengumumkan bahawa harga tiket feri ke Pulau Pangkor dinaikkan ke RM10 (satu hala) untuk dewasa.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, secara matematik kadar tambang pergi balik dinaikkan kepada RM20 (dewasa) berbanding harga asal RM14 telah menunjukkan kenaikan melebihi 40 peratus.

Selepas khidmat kapal terbang henti, tambang feri ke Pangkor pula naik 40%,
Tambang feri ke Pangkor naik 40%

“Tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan, pengusaha feri menaikkan kadar tambang ini dengan alasan mereka sudah lama beroperasi dalam kerugian (running in lost).

“Pemuda AMANAH Negeri Perak sangat khuatir, dengan kenaikan harga tambang feri ini, ia bakal merencatkan kedatangan pelancong ke Pangkor,” kata beliau.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak campur tangan kerajaan agar harga tambang ini dapat dikaji dalam mengurangkan beban rakyat seraya merangsang kedatangan pelancong yang lebih ramai ke Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai yang paling dekat dari Kuala Lumpur.

Baca juga: http://Netizen ‘menganjing’ cara jimat makan telur di Malaysia

Baca juga: Menyayat hati! Bayi lahir hasil sumbang mahram meninggal sebab penyakit genetik