Malaysia Dateline

Selepas melonjak lima hari berturutan, kes Covid-19 turun kepada 6,999

Kes harian Covid-19 turun kepada 6,999 kes berbanding angka tertinggi, 9,020 kes semalam.

Angka tersebut menyaksikan penurunan kes wabak membawa maut itu selepas lima hari berturut-turut mencatatkan peningkatan.

Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,477 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (616) dan Kelantan (612).

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini sekarang sudah mencecah 565,533 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitter hari ini memaklumkan terdapat 471 kematian berlaku tahun lalu akibat Covid-19 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan Covid-19 telah direkodkan,” kata KKM lagi.